Aguero jadi 'legenda' selepas bantu City menang

  • 7 years ago
Secara rasmi Sergio Aguero kini pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas meledak satu gol untuk aksi bertemu Napoli awal pagi tadi.

Aksi peringkat kumpulan F Liga Juara Juara menemukan Manchester City dan Napoli dan berakhir dengan keputusan 4-2.

Pengendali City, Pep Guardiola menggambarkan Aguero sebagai 'legenda' dan berkata pemain itu layak menikmati saat ini.