Rayer dibenar masuk dewan esok selepas Anwar rayu
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dibenarkan untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat esok selepas Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon bersetuju memendekkan penggantungan dua hari kepada sehari.

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) sebelum itu merayu kepada Rashid agar mempertimbangkan keputusannya menggantung Rayer untuk dua hari.