Malaysia 'tunduk' pada Hong Hong
  • 7 years ago
Apa lagi nak di kata, nasi sudah menjadi bubur. Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2019 semakin samar dengan hanya mengutip satu mata dari tiga perlawanan.

Dirobek dua gol tanpa balas semalam di Hong Kong cukup pedih untuk skuad kendalian Nelo Vingada selepas bermain 10 orang.

Kapten Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-39 selepas dilihat memijak pertahanan lawan, Dani Cancela.

Ketiadaan Safiq dimanfaatkan Hong Kong dengan serangan bertali arus dan memperoleh dua gol pada minit ke-44 dan 49.

Malaysia cuba bangkit pada babak kedua dengan pemburuan gol namun benteng Hong Kong kebal hingga ke wisel penamat.