Skandal Forex: Kabinet setuju tubuh RCI

  • 7 years ago
Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1980-an dan 1990-an mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pejabat Perdana Menteri berkata, Pasukan Petugas Khas membentangkan hasil laporannya ke Kabinet dan mengemukakan hasil laporan tersebut.

Dalam laporan itu, Pasukan Petugas Khas mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian Bank Negara Malaysia sekitar 1980-an dan 1990-an.

Kabinet juga bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas bahawa terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian.

Penubuhan RCI itu diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun itu.