K'jaan tubuh RCI siasat kubur Wang Kelian - Muhyiddin
  • 5 years ago
Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, lebih tiga tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai individu yang akan menganggotai suruhanjaya itu telah pun ada dan akan diserahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan secara terperinci mengenai bila ia akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau nama individu yang akan menganggotai suruhanjaya itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog Kongres Melayu Perlis 2019 di Arau semalam.