Video: 'Freekick' cantik gadis bertudung curi tumpuan

  • 7 years ago
Tular di laman sosial satu rakaman seorang gadis bertudung menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma lencong yang cukup menarik.

Rakaman berkenaan dikongsikan oleh peminat bola sepak dan laman-laman sukan seperti semuanyabola.com dan thesukan.com

Sepakan padu dengan kaki kanan itu melencong sedikit sebelum menerjah ke bucu gawang tanpa boleh diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Para pelayar dan peminat bola sepak memuji sepakan lencong gadis berkenaan dan mengatakan ia sangat bagus dan cukup terkejut sepakan itu boleh dihasilkan oleh seorang gadis.