Gadis cuba terjun jejambat berjaya diselamatkan polis

  • 3 years ago
Amaran Pencetus (Trigger Warning): Cubaan Bunuh Diri

Tindakan pantas Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar berjaya menggagalkan cubaan seorang remaja berumur 16 tahun untuk terjun dari jejambat di Lebuh Raya KL-Karak, Pahang semalam.

Menurut laporan media, remaja itu cuba berbuat demikian kerana berlaku perselisihan faham dengan bapanya yang telah merampas telefon bimbitnya.

Gadis itu kemudian telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

--

Sekiranya anda merasa tertekan, mempunyai kecenderungan bunuh diri, atau mengenali seseorang yang sedemikian, anda boleh menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan dengan mengikuti langkah di laman web https://www.befrienders.org.my/

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah membuat talian sokongan psikososial untuk pekerja barisan hadapan dan orang lain yang secara emosional terjejas oleh wabak Covid-19.

Talian itu boleh dihubungi di 011-63996482, 011-63994236 atau 03-9359935, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.