Video: Gadis Malaysia juara Muaythai Remaja Dunia

  • 8 years ago
Nur Amisha Azril Rizal nama yang tidak dikenali namun beliau adalah juara Muaythai remaja dunia kategori wanita 52 hingga 57 kilogram.

Kehebatan remaja perempuan berusia 14 tahun itu memenangi kejohanan Muaythai Remaja Dunia adalah kejayaan manis buat negara apabila menewaskan penyandang juara dari negara jiran Thailand.

Nur Amisha menewaskan Phin Pong Ratchada menerusi keputusan knock-out (KO) pada pusingan kedua dalam satu kejohanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand.