Video: Reza Parastesh 'kembar' Lionel Messi

  • 7 years ago
Percaya atau tidak, tapi itulah yang berlaku apabila seorang lelaki dari Iran mempunyai wajah yang seiras ataupun 'sebijik' pemain bintang Lionel Messi.

Video dari Press TV memaparkan temubual bersama Reza dan mendapat tontonan lebih 1.6 juta tontonan dengan hampir 15 ribu kongsian sejak dimuat naik pada 1 Mei lalu.

Dalam video berkenaan Reza berkata bapanya pernah tidak membenarkannya pulang ke rumah kerana Argentina menewaskan Iran ketika Piala Dunia dan Messi telah menjaringkan gol ketika perlawanan tersebut.