'Messi' hanya tinggal kaki, kepala dan badan ghaib

  • 7 years ago
Arca pemain Barcelona dan Argentina, Lionel Messi tinggal kaki sahaja selepas kepala, badan dan tangan ghaib dalam kejadian vandalisme semalam.

Dewan Bandaraya Buenos Aires berkata mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan sedang dalam usaha membaiki arca tersebut.

Arca itu didirikan di laluan Paseo de la Gloria menghadap Sungai Plate, Jun tahun lalu sejurus selepas Argentina dan Messi tewas kepada Chile dalam final kejohanan Copa America.