Elak bayar cukai, Lionel Messi dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan

  • 7 years ago
Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itu kata-kata sesuai buat bintang sensasi Barcelona Lionel Messi apabila dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan oleh Mahkamah Agung Sepanyol.

Dengan prestasi hambar tanpa sebarang piala untuk musim ini, Lionel Messi menerima hukuman ini selepas menghadapi tiga pertuduhan jenayah kerana melanggar undang-undang Perbendaharaan Awam (Public Treasury) dengan mengelak membayar cukai.

Berita ini menjadi perbualan hangat di Sepanyol dan meresahkan penyokong Barcelona dan peminat Messi di seluruh dunia.

Messi mengaku bahawa beliau dan bapanya mengelak membayar cukai hasil daripada pendapatan yang diperoleh dari hak imej bernilai £8.7 juta.