CCTV bongkar suspek letupan gereja di Mesir

  • 7 years ago
Sebuah video yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Mesir menunjukkan seorang pengebom berani mati disyaki menyerang sebuah gereja Koptik di Alexandria pada Ahad lalu.

Imej CCTV menunjukkan seorang lelaki berbaju biru menghampiri pintu utama ke St. Mark dan kemudian pengawal keselamatan mengarahkannya supaya menjalani pemeriksaan pengesan logam.

Suspek kemudian berlalu pergi dan memasuki pengesan logam sebelum letupan melanda kawasan itu.

Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 60 cedera dalam insiden tersebut.

Iberlaku hanya seminggu sebelum Coptic Easter dan dalam bulan yang sama Pope Francis dijadual melawat Mesir.

Pengeboman di bandar bernama Tanta yang terletak kurang daripada 100 kilometer di luar Kaherah seakan-akan memperlihatkan peningkatan serangan ke atas Kristian.

Pada bulan Februari, keluarga dan pelajar Kristian melarikan diri dari wilayah utara Sinai Mesir secara beramai-ramai selepas militan Daesh memulakan beberapa siri pembunuhan.

Saksi dalam tragedi letupan menyifatkannya sebagai kejadian pembunuhan beramai-ramai.