Video letupan di lapangan terbang Istanbul

  • 8 years ago
Tiga pengebom berani mati melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul semalam, mengorbankan 28 orang dan mencederakan puluhan orang lagi, kata gabenor wilayah dan para saksi.

Polis melepaskan tembakan untuk cuba menghalang dua daripada penyerang itu sebelum mereka sampai ke pusat pemeriksaan keselamatan di balai ketibaan di lapangan terbang Ataturk yang ketiga paling sibuk di Eropah, tetapi mereka meletupkan diri mereka, kata seorang pegawai Turki kedua.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin memberitahu pemberita bahawa 28 orang terbunuh dan kira-kira 60 cedera. Beberapa saksi melaporkan dua letupan tetapi Sahin berkata pihak berkuasa percaya mungkin ada tiga pengebom berani mati.