Laungan 'Musa Aman!' gegarkan lapangan terbang

  • 6 years ago
Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 1.30 tengah hari disambut ratusan penyokong yang menanti sejak pagi.

Ketibaan Musa disambut sorakan dan jeritan nama beliau oleh penyokong beliau yang kebanyakan memakai baju bewarna merah.

Musa tiba di Kuala Lumpur minggu lepas dan segera dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah kesihatan.

Kepulangan beliau itu dijangka bertujuan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga selepas gagal melakukannya sebelum ini.

Musa yang menang kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk mengangkat sumpah jika tidak kemenangannya terbatal.