KPN: Bukan letupan bom, tapi enam kereta terbakar

  • 8 years ago
Kebakaran yang melibatkan enam buah kereta musnah di tempat meletak kenderaan transit aliran ringan (LRT) Taman Jaya, Petaling Jaya, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter miliknya turut menafikan terdapat letupan bom dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.58 tengah hari itu.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam satu kenyataannya berkata, tiada kemalangan jiwa terlibat dan perkhidmatan servis LRT berjalan seperti biasa.
-