Video khas 'The President' buat TMJ

  • 7 years ago
Laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) dan Football Association of Malaysia (Official) pada 28 Mac lalu berkongsi video khas bertajuk 'Mr President' berdurasi lebih 10 minit menayangkan perjalanan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Video bermula dari tarikh 22 Mac sehari sebelum ulang tahun Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 23 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017.

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) bermula dari itu hingga selepas baginda diumumkan sebagai Presiden FAM pada kongres ke-53 persatuan tersebut.