Video TMJ buat para pembencinya?

  • 9 years ago
Sebuah video yang menunjukkan aksi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermain bola dengan begitu baik sekali viral di laman sosial.

Video berdurasi 20 saat itu bermula dengan aksi TMJ menggelecek beberapa orang sebelum melepaskan tendangan ke sekumpulan yang menjatuhkan diri selepas itu.

Pengakhiran video TMJ dengan gaya selamba mengucapkan 'Mana tak haters marah? diyakini ditujukan kepada para pembencinya, video ini dinaikkan beberapa jam sebelum pasukan Johor darul Takzim JDT berlepas ke Dushanbee, Tajikistan sempana perlawanan akhir piala AFC 2015