Video: Zlatan wira MU julang Piala EFL 2017

  • 7 years ago
Zlatan Ibrahimovic sekali lagi menjadi wira Manchester United apabila menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan untuk mengesahkan kemenangan United untuk Piala EFL 2017 awal pagi tadi.

Sebelum itu Ibrahimovic meletakkan United di hadapan pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma yang sangat cantik dan pada minit ke-38 Jese Lingard menambah derita Southampton untuk gol kedua.

Gabbiadini merapatkan jurang sebelum rehat babak kedua selepas itu sekali klagi Gabbiadini menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Southampton hampir di hadapan buat pertama kali, namun cubaan Romeu terkena tiang gol.

Southampton menggigit jari setelah jaringan kemenangan oleh Ibrahimovic menanduk deras bola pada minit ke-83.