Dr Mahathir simbolik wira rakyat, ratusan sambutnya

  • 9 years ago
Kepulangan Tun Dr Mahathir Mohamad dari luar negara tengah hari tadi disambut hampir 100 orang termasuk daripada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang tiba seawal jam 10.00 pagi lagi.

Lagu 'We are the world' dengan lirik yang diubah-suai bagi menyuntik perasaan cintakan negara menyentap perasaan mereka yang hadir yang mahu Dr mahathir berperanan menukar kerajaan hari ini.