Jamal: Pembangkang jajah pemikiran Dr Mahathir

  • 9 years ago
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos mendakwa pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamed sudah dijajah pembangkang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada hujung bulan lalu.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar- antara yang penyokong kuat himpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini - berkata pemikiran orang Melayu yang hadir turut dijajah berikutan perhimpunan BERSIH yang majoritinya dihadiri kaum Cina DAP.