Zahid: Keberanian Jamal luar biasa
  • last year
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di ceramah Sungai Besar menyifatkan calon BN Parlimen Sungai Besar, Jamal Yunos sebagai seorang yang luar biasa kerana telah berkhidmat kepada masyarakat sebelum menjadi calon BN lagi.

Tambahnya lagi, dia yakin masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Sungai Besar akan dibawa ke Parlimen kelak.

Ini kerana, calon BN Jamal Yunos sangat terkenal dengan keberaniannya dan sanggup memprotes dengan hanya memakai tuala apabila ketiadaan air dikawasan tersebut.