Aksi Alicia Keys berucap bantah Trump

  • 7 years ago
Penyanyi terkenal, Alicia Keys bersemangat menyampaikan ucapan pada perarakan wanita di Washington DC semalam, bagi membantah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengambil alih kuasa secara rasmi pada 20 Januari lalu.

Penyanyi yang berusia 35 tahun itu, lantang bersuara mengenai isu-isu sosial dan politik, sambil menyanyikan lagunya 'Girl on Fire'.