Rakyat Mexico bantah kehadiran Donald Trump

  • 8 years ago
Sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di monumen Angel of Independence di Mexico City pada Rabu bagi membantah lawatan daripada calon Presiden Republikan, Donald Trump.

Trump mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden Mexico, Enrique Peña Nieto, sebelum pulang ke Phoenix untuk ucapan mengenai dasar imigresennya.

Terdahulu, Trump mencadangkan mahu membina tembok sempadan antara Mexico-Amerika Syarikat bagi mengekang masalah kemasukan pendatang tanpa permit yang sah.