Palestin bantah pasang kamera di Al - Aqsa

  • 9 years ago
Pemimpin Palestin menolak rancangan memasang kamera keselamatan di Masjid Al-Aqsa walaupun perkara itu sudah dipersetujui Amerika Syarikat (AS), Israel dan Jordan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berharap perjanjian itu mengekalkan status quo di pekarangan masjid dikenali Temple Mount dalam kalangan penganut Yahudi, di sini, dapat mengurangkan ketegangan yang mencetuskan keganasan memuncak sejak beberapa minggu lalu.