Pemuda Palestin bantah Israel penjarakan kanak-kanak

  • 7 years ago
Pelajar dan ahli Kelab Banduan Palestin mengadakan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat PBB di Ramallah membantah kanak-kanak dipenjarakan di Israell.

Ia diadakan pada hari mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Ahmed Manasra, berusia 14 tahun kerana menikam dua penduduk Israel.

Mereka turut menyerahkan petisyen ditandatangani beratus-ratus ribu pemuda Palestin untuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.