"You are fake news,” kata Trump kepada wartawan CNN

  • 7 years ago
Dalam sidang media pertamanya sejak pilihan raya 8 November lalu, presiden dipilih, Donald Trump membuat media sosial 'panas' dengan kenyataannya termasuk kritikan keras terhadap akhbar dan mempertahankan matlamatnya untuk berbaik dengan Rusia.

Sesi itu yang diadakan di lobi ibupejabatnya di Menara Trump di Manhattan, menyaksikan beberapa detik-detik viral, seperti pertikaman lidah dengan wartawan yang dituduh Trump menjajakan "berita palsu."

"Saya tidak akan beri awak tanya soalan," kata Trump kepada wartawan dari CNN, yang melaporkan pada hari Selasa bahawa Trump telah diberi taklimat oleh agensi perisikan Amerika mengenai dakwaan bahawa operatif Rusia telah mengkompromikan maklumat mengenai dirinya.

"Anda jaja berita palsu!" katanya kepada wartawan itu yang kemudiannya bergema di Twitter.

Komen Trump bahawa pemberita adalah "satu-satunya yang mengambil berat" sama ada dia mengeluarkan penyata cukainya, telah mencetus 165,000 tweet semasa sesi itu. Pengguna media sosial meminta orang ramai untuk "retweet jika anda bukan wartawan dan masih mengambil berat untuk melihat pulangan cukai Trump."

Di Rusia, hashtag #TrumpPressConference menjadi topik utama trending semasa sidang akhbar itu dan berterusan selama beberapa jam selepas itu.