Beri ruang SPRM menyiasat, kata MB S'gor kepada pengkritik
  • 6 years ago
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menggesa pihak-pihak yang membantah pembekuan akaun Umno pusat dan Umno Selangor supaya memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat isu berkenaan.

Tegas Amirudin, beliau percaya penyiasatan SPRM itu sedikit sebanyak menjelaskan kebimbangan dan tuduhan setakat ini bahawa Umno digerakkan oleh wang yang kurang jelas fungsinya.

Bagaimanapun Amirudin tidak mahu mengulas lanjut dan membuat spekulasi awal mengenai isu itu dan memberi ruang kepada SPRM untuk menyiasat dengan lebih lanjut.