Razlan beri amaran pada Amar Singh, SPRM
  • 6 years ago
Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii memberi amaran kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berhenti membicarakan tentang kes skandal 1MDB kepada media sebaliknya biar siasatan dijalankan dengan sepenuhnya.

Kata Razlan, ini penting bagi mengelakkan permainan persepsi di kalangan rakyat untuk memberi gambaran buruk terhadap Najib.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berkunjung ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur hari ini.