Juruterbang cuba pandu pesawat ketika mabuk dipecat

  • 7 years ago
Sebuah syarikat penerbangan tambang murah Indonesia bertindak memecat juruterbangnya, Tekad Purna,32 tahun, kerana disyaki cuba membawa pesawat dalam keadaan mabuk.

Penumpang mengesyaki sesuatu apabila mereka terdengar kata-kata yang kurang jelas dari kokpit.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan Citilink iaitu anak syarikat penerbangan Garuda Indonesia, juga telah menawarkan peletakan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab bagi kejadian itu.

Rakaman YouTube menunjukkan Tekad Purna bukan sahaja berjalan seperti orang mabuk, malah menjatuhkan beg dan barang-barangnya beberapa kali ketika pemeriksaan di pintu keselamatan.