Abdul Hadi nyata hasrat letak jawatan

  • 7 years ago
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) berikutan kunjungannya ke Persidangan Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa di Tehran, Iran yang terus mendapat kecaman daripada beberapa pihak.

Abdul Hadi berkata penjelasan terperinci mengenai kehadirannya ke persidangan tahunan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak kesatuan melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung, Prof. Dr. Ali Qaradaghi, empat hari lalu.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik TerengganuKini ketika menjawab soalan pemberita di kediamannya di Rusila, sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila hari ini.