"Obama, you can go to hell," kata Presiden Filipina

  • 8 years ago
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengecam Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan panggilan 'Obama, you go to hell' kerana negara itu telah menolak untuk menjual senjata ke negaranya.

Namun, kata Duterte, beliau akan mendapatkan bekalan senjata di negara Rusia dan China.

Dalam perkembangan terbaru, Duterte berkata beliau akan menyusun semula dasar luar negara itu dengan Amerika Syarikat.