'Kamu anak pelacur', kata Duterte kepada Obama

  • 8 years ago
President Rodrigo Duterte, yang terkenal dengan mulut celupar menggelar Barack Obama, 'anak pelacur'.

Beliau menyatakan demikian kerana tidak mahu diajar Presiden Amerika mengenai hak asasi manusia apabila mereka bertemu di Laos.

Kedua-duanya berada di negara itu bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, White House mengumumkan pertemuan yang dijadualkan itu dibatalkan.