Video: Misteri penghadang bergerak sendiri di Masjid terungkai

  • 8 years ago
Viral sebelum ini video penghadang kayu bergerak sendiri di Masjid Kampung Tedong, Melak hingga menyebabkan perdebatan hangat di kalangan para pelayar internet.

Sabtu lalu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pergi ke masjid berkenaan bagi merungkai misteri tersebut.

Akhirnya misteri tersebut terungkai dan JAIM mengesahkan bahawa penghadang tersebut bergerak sendiri kerana faktor angin kuat serta lantai yang licin.

Selepas viral video penghadang itu, generasi muda mula pergi ke masjid dengan harapan akan terserempak dengan kejadian terbabit.