Video lelaki turap jalan guna duit sendiri di Subang

  • 8 years ago
Seorang lelaki bangsa Cina menerima pujian para pelayar internet apabila videonya sedang menurap jalan yang rosak di Persiaran Atmosfera, Subang Bistari dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial.

Dalam video berkenaan ada disebut bahawa lelaki itu mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menurap jalan tersebut.

Para pelayar internet memuji sikap lelaki tersebut yang sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain, dan ada juga yang membidas sikap agensi kerajaan terlibat yang tidak membuat kerja.

Recommended