Menangis kerana Bajrangi Bhaijaan, Suzi berlakon bersama Salman khan

  • 8 years ago
Masih ingat video viral seorang kanak-kanak perempuan menangis kerana menonton filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan julai tahun lalu.

Ternyata tangisan Suzi kanak-kanak perempuan tersebut membawa tuah apabila dipilih untuk berlakon bersama Salman Khan dalam filem terbarunya Sultan.

Menurut sumber, Suzi yang berusia 5 tahun akan memainkan watak Anuskha Sharma versi kanak-kanak dalam filem tersebut kerana wajahnya menyerupai aktres jelita itu, sekaligus menggantikan pelakon kecil yang sudah dipilih sebelumnya memandangkan Suzi dilihat lebih sesuai memegang watak tersebut.