Bung Moktar menangis ketika menceritakan kebangkitan Umno Sabah
  • 4 years ago
Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin menitiskan air mata semasa mengumumkan nama calon pembangkang bagi menghadapi PH pada 18 Jan ini.

Bercakap mengenai latar belakang Mohamad Alamin dan kebangkitan semula Umno dan BN di Kimanis, Bung Moktar gagal mengawal perasaannya sehingga kelihatan sebak.

“Dia 48 tahun, anak tempatan, pernah dipilih sebagai Adun (untuk kerusi Bongawan).

"Dia bukan asing untuk Kimanis dan kami rasakan faktor ini penting bagi memastikan pengundi positif terhadap calon kami,” kata Bung yang juga pengerusi Umno Sabah.

Bung kemudian menutup muka dengan tangan dan tidak dapat meneruskan ucapan. Penyokongnya kemudian memberi tisu kepadanya.

“Kami berrasakan faktor ini penting bagi memastikan pengundi positif terhadap calon kami. (Kami yakin) PRK Kimanis akan berikan impak positif besar terutamanya kepada kebangkitan Umno di Sabah,” katanya.

Pada Dis 2018, BN-Umno Sabah menyaksikan enam ahli parlimen, sembilan Adun dan dua senator meninggalkan parti itu ekoran kejayaan PH menguasai Putrajaya beberapa bulan sebelumnya.

Selain Bung Moktar, hanya bekas ketua menteri Sabah merangkap Adun Sungai Sibuga, Musa Aman, kekal bersama Umno.