Video penuh fenomena gerhana matahari separa di Malaysia
  • 8 years ago
Jika sebelum ini KiniTV BM berkongsi gambar daripada orang ramai yang diambil ketika fenomena Gerhana Matahari Separa bermula pada jam 7.24 pagi sehingga jam 9.30 pagi di seluruh negera.

Kali ini pula KiniTV BM berkongsi rakaman video yang memaparkan kejadian fenomena gerhana matahari separa sekitar jam 7.30 sehingga jam 9.30 pagi tadi.

Gerhana matahari separa berlaku apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam kedudukan selari. Kali terakhir rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa ialah pada Januari 2010 dan fenomena sama dijangka akan berlaku pada 26 Disember 2019.