Belalai air fenomena cuaca normal - Jabatan Meteorologi

  • 5 years ago
Mengikut maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia kejadian belalai air bukan asing bagi kawasan laut dan ia adalah fenomena cuaca normal.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata sehingga kini tiada sebarang aduan kerosakan berkaitan kejadian itu.



Sekitar dua minggu lalu Langkawi dibadai ribut kuat yang merupakan tempias daripada Taufan Lekima yang melanda Taiwan dan beberapa bahagian di wilayah China.

Baru-baru ini tular penduduk di pulau pelancongan itu dikejutkan dengan fenomena 'Belalai Air' , juga dikenali dengan nama 'Sengkayan'.

Antara kawasan yang mengalami fenomena itu ialah di Teluk Baru, Pantai Kok, Pulau Rebak, Skycab Gunung Mat Chincang dan Paradise 101.

80 pelancong yang berada di Paradise 101 turut menyaksikan belalai air yang sedang melintasi pulau ketika itu.