Ahli akademik tampil sokong Azmi Sharom di Mahkamah

  • 8 years ago
Dua orang ahli akademik memakai gaun akademik mereka di mahkamah di Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan kepada pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom yang didakwa di bawah akta hasutan.

Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Pengerusi Gerakan Akademik Malaysia Prof Wan Manan Wan Muda dan ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, Lai Suat Yan hadir di kompleks mahkamah Duta dalam gaun akademik.