Ahli PKR Pulau Pinang sokong Zuraida
  • 4 years ago
Kira-kira 150 anggota PKR, yang mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO, mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti itu di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini, sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka, Zuraida Kamarudin.

Menurut Pengerusi Persatuan Penggerak Muafakat Nasional Pulau Pinang Shahrudin Mohd Shariff juga, mereka kecewa apabila parti mengamalkan "pendakwaan terpilih" terhadap Zuraida.

"Kami juga kecewa kerana terdapat ahli-ahli jawatankuasa pusat dan kumpulan yang menyeru pemecatan Zuraida sedangkan keputusan itu terletak pada kepimpinan parti," kata Shahrudin.