MP: Projek bauksit speaker 'tidak rasional'

  • 8 years ago
Ahli parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh hari ini membidas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana didakwa bertindak tidak munasabah dengan menolak rayuan penduduk di Kuantan yang menentang projek bauksit di Pahang.

Kata beliau alasan yang digunakan oleh Speaker adalah remeh dan tidak boleh diterima. Speaker memberikan alasan yang tidak masuk akal kepada saya dan tidak munasabah.