'Cuma Mahathir, Muhyiddin layak debat 1MDB'
  • 8 years ago
Portal pro-Umno MyKMU.Net hari ini menamakan Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang yang layak berdebat dengan presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.


Menurut portal itu, hanya dua tokoh itu yang layak berdebat dengan Arul kerana kelantangan mereka mengkritik syarikat pelaburan negara itu.