"You nak doakan baik, ke tak baik" - Muhyiddin-Mahathir tiada masalah
  • 5 years ago
Dalam satu persidangan media, Presiden bersatu Muhyiddin Yassin menjelaskan hubungannya dengan Mahathir tidak mempunyai sebarang masalah meskipun terdaapt perbezaan pendapat dalam sesetengah perkara.



Beliau yang menjawab soalan mengenai situasi hubungan kedua-dua mereka menyifatkan perbezaan pandangan dalam politik adalah satu yang biasa dan tidak merasakan ia satu perbalahan di antara pemimpin dalam parti.



“Awak nak doakan baik ke tak baik? Tanya tu macam kalau boleh nak tengok bergaduh..macam tengok drama ada lawan, perang ke tak sedap. Kami tak begitu.



“Tapi iyalah, dalam mana-mana proses politik kadang-kadang ada perbezaan dari segi pandangan.



“Tapi apa pun kita harus terima hakikat sebagai bukti bahawa parti kita ni demokratik dan kita tak sekat sesiapa bagi pendapat,” katanya.



Sementara itu, beliau turut menafikan terdapat dua pasukan di dalam Bersatu seperti yang didakwa oleh Mazlan, susulan daripada rombakan exco negeri.



Muhyiddin berkata andaian itu bukan sahaja tidak tepat tetapi kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan.



“Jadi tak eloklah buat kenyataan sebegitu dan saya harap yang sebenarnya kita adalah satu pasukan harus kita bekerjasama, ketepikan perbezaan ataupun rasa kurang puas hati dalam apa sebab sekali pun.



“Kita tumpukan usaha untuk sokong pimpinan kerajaan negeri dan melaksanakan usaha pembangunan,” katanya.

Recommended