Kelemahan MIC disebabkan Samy Velu

  • 9 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak merujuk sama sekali ulasannya tentang Datuk Seri S Samy Vellu dan musuh politiknya Datuk S Subramaniam kepada pemilihan agung MIC yang berlangsung esok.

Semalam akhbar Tamil Makkal Osai melaporkan kritikan mantan perdana menteri itu terhadap Samy Vellu sebagai presiden MIC yang menyebabkan ketewasan teruk dalam pilihan raya umum lalu dan bekas timbalannya itu yang bertanding jawatan itu sekali seorang pemimpin yang baik.

"Saya tidak rujuk pada pemilihan. Saya kata, kelemahan MIC terletak pada Samy Vellu. Saya dengar ramai orang India kata tidak mahu sokong MIC, pasal Samy Vellu," katanya di Petaling Jaya petang ini.


Dr Mahathir diminta mengulas pertembungan terbukanya dengan Samy Vellu - yang membidas semula kritikannya hari ini, sebagai merestui kumpulan pemimpin MIC yang menentang barisan pemimpin yang direstuinya (Samy Vellu) esok.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya" sendiri.

Cerita sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/112723