31 kluster disebabkan rentas negeri, masih tak dibenarkan - Ismail
  • 3 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pergerakan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan.

Menurutnya, susulan kebenaran yang diberikan kerajaan sebelum ini, terdapat 31 kluster yang wujud berkaitan dengan rentas negeri.