Azmin mahu PAS dalam pakatan baru pembangkang

  • 9 years ago
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tetap mahu PAS bersama dalam pakatan pembangkang yang baru, meskipun DAP sebelum ini menyatakan bantahan mereka.

Azmin yang juga adalah menteri besar Selangor dan bergantung kepada sokongan ADUN PAS berkata, pandangan rasmi PKR adalah pakatan pembangkang harus bersifat inklusif.