'Musuh terbesar pembangkang adalah diri sendiri, tak mahu berubah'

  • 2 years ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan musuh terbesar kepada pembangkang adalah parti mereka sendiri kerana tidak mahu membuat perubahan, termasuk barisan pimpinannya.

Katanya, Umno sebaliknya telah membuat lebih banyak perubahan malah meletakkan lebih ramai calon muda dalam siri pilihan raya negeri baru-baru ini.

Presiden Muda itu berkata demikian semasa forum buku tulisan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/malaysianalcms/videos/1202652140476609