DEIG, taktik Umno alih tumpuan 1MDB, kata PKR
  • 9 years ago
ADUN Semambu Lee Chean Chung mahu rakyat supaya tidak membenarkan isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) mengalih perhatian mereka terhadap skandal 1MDB.

Walaupun mengakui bahawa semua dasar awam boleh dipantau, beliau berkata Umno cuba mengalihkan perhatian dengan menjadikan DEIG isu besar dan menggelirukan rakyat.