Kak Wan pada isteri Muhyiddin: Nasib kita serupa tapi berbeza

  • 9 years ago
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa simpati kepada isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dengan nasib beliau selepas pemecatan suaminya.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Kak Wan mengatakan beliau mengenali Puan Sri Norainee Abdul Rahman ketika bersama di dalam Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata nasib Norainee lebih baik daripadanya kerana suami beliau tidak ditahan oleh pihak berkuasa selepas pemecatan suaminya daripada kerajaan.