'Niat kita tak lain dan tak bukan adalah untuk menukar kerajaan Warisan' - Muhyiddin
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyuddin Yassin pagi ini tiba di ibu pejabat Tuaran Bersatu bagi memberi sokongan kepada Calon Perikatan Nasional untuk DUN Sulaman, Hajiji Noor.

Beliau kemudian berucap di hadapan lebih kurang 400 penyokong dan menyatakan hasrat Perikatan Nasional untuk menang di negeri itu bagi menukar kerajaan di bawah pimpinan Warisan.

Dijangkakan bahawa Hajiji akan dicabar oleh Rekan Hussien dari PCS dan Aliasgar Basir dari Warisan.

Seramai 11,711 pengundi akan memilih di Sulaman, yang berada dalam jarak 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.
Recommended